Sign In

Mengembangkan Perniagaan


 
Rate this

Setelah beberapa tempoh menjalankan perniagaan awda, awda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil langkah seterusnya bagi mengembangkan atau meningkatkan lagi usaha perniagaan awda. Terdapat banyak cara untuk mengembangkan perniagaan, bergantung kepada jenis dan aktiviti perniagaan awda, sumber yang tersedia dan visi peribadi awda untuk masa depan perniagaan awda. Sila ketahui lebih lanjut pelbagai jenis sokongan dan inisiatif dari pihak Kerajaan yang ada untuk membantu membimbing dalam mengembangkan perniagaan awda.


Program Perusahaan

  • DARE ada menawarkan pelbagai program pembangunan kapasiti untuk perniagaan-perniagaan di pelbagai peringkat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan

  • Pelan untuk mengembangkan perniagaan awda mungkin memerlukan beberapa bentuk pembiayaan. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana awda kini boleh menggunakan nilai barang awda untuk mendapatkan kredit atau dana kewangan yang dapat mengembangkan perniagaan awda dengan mendaftarkan 'movable asset' awda ke sistem Pendaftaran Cagaran atau 'Collateral Registry System'.
  • Skim Co-Matching DARe menawarkan 70 peratus pemadanan pembiayaan sehingga BND20,000. Ketahui lebih lanjut di sini mengenai kriteria dan cara memohon skim ini.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan awda, sila klik di sini.

Harta Intelek


Akses Pasaran


  • Untuk mengembangkan perniagaan awda, awda mungkin ingin menembusi ke pasaran luar negara. Ketahui tentang bagaimana DARE dapat membantu menyediakan peluang bagi perusahaan tempatan untuk mengakses pasaran luar negara.
  • Pameran Perdagangan menyediakan peluang yang ideal untuk mengembangkan sasaran pasaran awda. Ketahui cara menganjurkan Pameran Perdagangan dan memohon secara online melalui OneBiz, atau di Pusat Sokongan Perniagaan (Business Support Centre).

Insentif Pelaburan


  • Untuk mengembangkan perniagaan awda, awda boleh menyemak insentif pelaburan yang mungkin berkenaan dengan perniagaan awda di sini.