Meminta Kebenaran Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda
   
   
   
   
   Awda dikehendaki untuk melantik syarikat pengiklanan yang berdaftar untuk membantu awda memohon kebenaran iklan, papan iklan, kain rentang dan papan tanda untuk tujuan pemasaran. 
    
Langkah 1: Melantik syarikat pengiklanan yang berdaftar
 
Semua permohonan untuk Kebenaran Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda hendaklah dikemukakan melalui syarikat pengiklanan yang 
   berdaftar dengan Autoriti Kawalan Bangunan Dan Industri Pembinaan (ABCi).
Syarikat pengiklanan yang ingin mendaftar dengan ABCi boleh memuat turun borang permohonan di 
   sini.
   
Langkah 2: Menghantar Permohonan untuk Kebenaran Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda
   
Syarikat pengiklanan yang dilantik akan menghadapkan 
   Borang Permohonan Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda yang lengkap dan berwarna kepada ABCi (hardcopy dan 
   softcopy), bersama dengan butiran permohonan dan dokumen-dokumen berikut:
- Surat lantikan syarikat pengiklanan daripada pemohon
 
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat pemohon
 
- Pelan berwarna yang lengkap seperti berikut:
- Pelan A: Pelan tapak yang menunjukkan lokasi (alamat), jenis & saiz;
- Pelan B: Tempat pemasangan
- Pelan C: Suatu lakaran atau fotograf yang menunjukkan butir-butir lengkap mengenai cadangan perkataan-perkataan, maklumat da kandungan yang akan dipaparkan;
- Pelan D: Ukuran / sukatan tulisan (dalam sukatan metric);
- Pelan E: Suatu lukisan yang menunjukkan bahan-bahan yang digunakan, pemasangan, warna, tingginya dari tanah dan jika tanda itu menganjur dari suatu bangunan, takatnya menganjur;
- Pelan F: Pelan dan spesifikasi struktur dan lain, termasuk dimensi dan bahan-bahan dan butir-butir pembinaan termasuk beban, tegasan dan tambatan;
- Cadangan tulisan rumi yang hendak diterjemahkan ke tulisan jawi
 
Langkah 3: ABCi mengumpulkan maklum balas daripada agensi-agensi berkaitan dan mengeluarkan kebenaran
 
Selepas menerima permohonan, ABCi akan menghubung agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan mengenai permohonan. ABCi akan menasihati pemohon mengenai sebarang perubahan yang perlu dibuat, jika ada.
Sekiranya tiada perubahan perlu dibuat, ABCi akan meluluskan permohonan dan mengeluarkan kebenaran.
 
Langkah 4: Bayaran dan Surat Kebenaran
Pemohon akan dimaklumkan untuk membuat pembayaran dan mengambil surat kebenaran di ABCi.
 
 Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel 
      bsba.abci@mod.gov.bn atau hubungi + 673-2380429
Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel 
      bsba.abci@mod.gov.bn atau hubungi + 673-2380429
 ProsesMendapatkan Kebenaran Iklan dan Papan Tanda (Bahasa Melayu)
ProsesMendapatkan Kebenaran Iklan dan Papan Tanda (Bahasa Melayu)