Sign In

Adakah saya memerlukan Occupational Permit (OP) sebelum saya boleh menjalankan perniagaan saya?


 
Rate this

OP adalah keperluan undang-undang bagi menunjukkan bahawa bangunan tersebut selamat untuk digunakan.

 

Sekiranya awda merancang untuk memulakan perniagaan dan ingin mengetahui sama ada awda memerlukan OP atau kebenaran yang lain, awda boleh menjawab soalan-soalan di bawah sebelum memulakan perniagaan awda.


1.       Adakah awda merancang untuk mengubahsuai atau menukar sebarang ruang, keperluan cahaya dan pengudaraan?


2.       Adakah awda merancang untuk mengubahsuai struktur premis?


3.       Adakah awda ingin mengubahsuai atau menukar kemudahan premis yang sedia ada (seperti dinding partition, kemudahan memasak, dimensi tangga)?


4.       Adakah awda bercadang untuk mengubahsuai atau menukar sebarang keperluan kebakaran dan sistem perlindungan kebakaran (seperti penggera kebakaran, pengesanan, pemadaman, akses pemadaman kebakaran)?


5.       Adakah awda merancang untuk mengubahsuai atau menukar sebarang pemasangan elektrik atau peningkatan kapasiti kuasa?


6.       Adakah awda bercadang untuk mengubahsuai sistem air, pembentungan, kebersihan, saliran atau paip?


7.       Adakah awda bercadang untuk mengubahsuai atau menukar mana-mana sistem paip dan pengesanan gas?


8.       Adakah awda bercadang untuk menukar atau mengubah kegunaan bangunan, sistem jalan raya atau keperluan tempat letak kereta?

 

Jika awda menjawab YA kepada mana-mana soalan di atas, awda perlu mendapatkan OP dan harus bermula dengan mendapatkan Kebenaran Kemajuan.


Sekiranya awda menjawab YA kepada Soalan 8, awda perlu terlebih dahulu memulakan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan.


Jika masih ragu, sila dapatkan nasihat daripada Orang Berkelayakan (QP) atau ABCi: