Sign In

Pusat Sokongan Perniagaan


 
Rate this (10 Votes)

Perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada

Memulakan Perniagaan

Pendaftaran Perniagaan

Nasihat mengenai proses berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan nama perniagaan

Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan,
Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Memulakan Koperasi
1. Nasihat mengenai penubuhan koperasi
2. Menerima pertanyaan, maklum balas dan isu berkaitan dengan koperasi
3. Mengambil laporan audit selepas membuat pembayaran

Bahagian Koperasi, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan,
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Lesen-Lesen
1. Menerima dan memperbaharui lesen untuk establishmen kecantikan dan kesihatan
2. Daftar akaun e-Darussalam
3. Kemas kini data di dalam sistem OneBiz
4. Membuat permohonan dan membaharui lesen hiburan awam (berkala).
5. Menerima permohonan baru dan membaharui lesen letak kereta.

Jabatan Daerah Brunei Muara/
Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan​
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Mengambil Pekerja Asing

1. Nasihat mengenai permohonan Lesen Pekerja Asing dan Pas Kerja
2. Memberi maklumat mengenai dengan ‘Resit Banci’

Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Perlindungan Harta Intelektual

1. Menerima dan memproses permohonan untuk reka bentuk paten, 'Trademark' dan 'Industrial Design'
2. Nasihat mengenai perkara berkaitan harta intelektual

Brunei Intellectual Property Office, Pejabat Peguam Negara

Mendapatkan Lokasi Perniagaan

Penyambungan Bekalan Elektrik (Komersial)
1. Nasihat mengenai permohonan penyambungan bekalan elektrik (komersial)
2. Membuat permohonan secara online menerusi sistem Onebiz
3. Nasihat mengenai cara mendapatkan sambungan elektrik

Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga

Penyambungan Bekalan Air (Komersial)
1. Nasihat mengenai permohonan meter air komersial secara 'online'
2. Membuat permohonan secara online
3. Meluluskan permohonan

Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

Menjalankan Perniagaan

Pameran Perdagangan
1. Memberi khidmat nasihat mengenai proses permohonan Pameran Perdagangan
2. Memproses dan meluluskan lesen untuk menganjurkan Pameran Perdagangan
(termasuk jerayawara yang berkaitan dengan perdagangan, ekspo perdagangan tempatan dan antarabangsa, jualan garaj atau kereta boot dan pameran perkahwinan)

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Sijil-Sijil Tempat Asal dan Penasihat Tarif
1. Nasihat mengenai cara mendapatkan pengecualian tarif atau pengurangan tarif di bawah Perjanjian-Perjanjian Perdagangan Bebas
2. Permohonan Sijil-Sijil Tempat Asal (Certificate of Origin)
3. Pengeluaran Sijil-Sijil Tempat Asal (Certificate of Origin)

Sijil-Sijil Tempat Asal, Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Import dan Eksport
1. Nasihat mengenai prosedur import dan eksport, tariff, klasifikasi dan hal-hal kastam yang lain
2. Menerima, memproses dan meluluskan perisytiharan kastam untuk kadar cukai keutamaan
3. Pendaftaran Perdagangan
4. Semak status pengisytiharan Kastam

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Perkhidmatan Am

Meja Bantuan Perniagaan                          
1. Kaunter aduan dan pertanyaan berkaitan perniagaan
2. Maklumat mengenai aktiviti atau program di bawah DARE
3. Nasihat umum mengenai Pusat Sokongan Perniagaan
4. Menerima permohonn berkaitan program dan Inisiatif DARe
5. Memudahcara pendaftaran ‘Business Reporting’ (BR)

Tapak dan Kompleks Perindustrian
1. Nasihat dan permohonan bagi tapak dan kompleks perindustrian
2. Menerima permohonan tapak dan kompleks perindustrian

Darussalam Enterprise (DARe)

Penyiasatan Sendiri dan Penyelesaian Pertikaian
1. Self-Inquiry Report
2. Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian

Biro Kredit, Autoriti Monetari Brunei Darussalam

Permohonan Online dan Pembayaran Perkhidmatan OneBiz
Menerima dan memproses permohonan dan pembayaran untuk:

Kaunter Meja Bantuan Onebiz

1. Membantu pemohon cara menggunakan ‘Online business licensing system Onebiz.’
2. Membantu menyemak Status permohonan dalam system Onebiz.
3. Mengaktifkan E-Darussalam.

Kaunter Pembayaran Onebiz

1. Lesen Establishmen Kecantikan dan Kesihatan
2. Lesen letak kereta
3. Lesen Hiburan Awam – berkala 
4. Elektrik – Penyambungan
5. ABCi - Permit Pembinaan ba / borang c / op / pp
6. Koperasi 
7. Elektrik – Penyambungan
8. ABCi & Bomba – Occupancy Permit
9. Expo - Permohonan
10. Lesen Hiburan Awam (Arcade) - Berlanjutan

OneBiz, Kementerian Kewangan dan Ekonomi