Sign In

Meminta Kebenaran Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda


 
Rate this (1 Vote)


Awda dikehendaki untuk melantik syarikat pengiklanan yang berdaftar untuk membantu awda memohon kebenaran iklan, papan iklan, kain rentang dan papan tanda untuk tujuan pemasaran.

 

 

Langkah 1: Melantik syarikat pengiklanan yang berdaftar

 

Semua permohonan untuk Kebenaran Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda hendaklah dikemukakan melalui syarikat pengiklanan yang berdaftar dengan Autoriti Kawalan Bangunan Dan Industri Pembinaan (ABCi).

Syarikat pengiklanan yang ingin mendaftar dengan ABCi boleh memuat turun borang permohonan di sini.


Langkah 2: Menghantar Permohonan untuk Kebenaran Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda


Syarikat pengiklanan yang dilantik akan menghadapkan Borang Permohonan Iklan, Papan Iklan, Kain Rentang dan Papan Tanda yang lengkap dan berwarna kepada ABCi (hardcopy dan softcopy), bersama dengan butiran permohonan dan dokumen-dokumen berikut:

  • Surat lantikan syarikat pengiklanan daripada pemohon
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat pemohon
  • Pelan berwarna yang lengkap seperti berikut:
    • Pelan A: Pelan tapak yang menunjukkan lokasi (alamat), jenis & saiz;
    • Pelan B: Tempat pemasangan
    • Pelan C: Suatu lakaran atau fotograf yang menunjukkan butir-butir lengkap mengenai cadangan perkataan-perkataan, maklumat da kandungan yang akan dipaparkan;
    • Pelan D: Ukuran / sukatan tulisan (dalam sukatan metric);
    • Pelan E: Suatu lukisan yang menunjukkan bahan-bahan yang digunakan, pemasangan, warna, tingginya dari tanah dan jika tanda itu menganjur dari suatu bangunan, takatnya menganjur;
    • Pelan F: Pelan dan spesifikasi struktur dan lain, termasuk dimensi dan bahan-bahan dan butir-butir pembinaan termasuk beban, tegasan dan tambatan;
    • Cadangan tulisan rumi yang hendak diterjemahkan ke tulisan jawi

 

Langkah 3: ABCi mengumpulkan maklum balas daripada agensi-agensi berkaitan dan mengeluarkan kebenaran

 

Selepas menerima permohonan, ABCi akan menghubung agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan mengenai permohonan. ABCi akan menasihati pemohon mengenai sebarang perubahan yang perlu dibuat, jika ada.

Sekiranya tiada perubahan perlu dibuat, ABCi akan meluluskan permohonan dan mengeluarkan kebenaran.
 

Langkah 4: Bayaran dan Surat Kebenaran

Pemohon akan dimaklumkan untuk membuat pembayaran dan mengambil surat kebenaran di ABCi.

 
Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel bsba.abci@mod.gov.bn atau hubungi + 673-2380429

ProsesMendapatkan Kebenaran Iklan dan Papan Tanda (Bahasa Melayu)