Mendapatkan Pembiayaan
Apakah Bank Usahawan?
Bank Usahawan menawarkan produk pembiayaan yang patuh syariah: Pembiayaan Aset (Murabaha) dan Pembiayaan Modal Kerja (Tawarruq) kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Negara Brunei Darussalam.
Cara memohon?
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Bank Usahawan di sini, atau hubungi +673 2233 330 / +673 2233 331 atau e-mel info@bankusahawan.com.bn
Apakah Pinjaman Perniagaan?
Beberapa bank komersial di Negara Brunei Darussalam seperti BIBD, Baiduri, Standard Chartered dan TAIB menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan kepada perniagaan korporat dan PKS (Perusahaan Kecial dan Sederhana).
Cara memohon?
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
Apakah Geran 'Co-Matching'?
Geran 'Co-Matching' menawarkan bantuan kewangan sehingga B$20,000 dalam bentuk pembiayaan padanan (70:30) kepada perusahaan tempatan.
Cara memohon?
Untuk maklumat lanjut, sila klik laman web ini, atau di laman sesawang DARe, atau hubungi +673 2384830, atau e-mel kepada dare@ei.gov.bn
- Skim Pembiayaan Anugerah Perniagaan Permulaan LiveWIRE
Apakah Skim Pembiayaan Anugerah Perniagaan Permulaan LiveWIRE?
Skim Pembiayaan Anugerah Perniagaan Permulaan ini ditawarkan kepada para pemenang Anugerah Perniagaan LiveWIRE, iaitu terdiri daripada para peserta dan perniagaan yang baru memulakan Program LiveWIRE.
Cara memohon?
Untuk menyerta program LiveWIRE, para pemohon boleh menghubungi Pusat LiveWIRE Brunei di talian +673 2220 964 atau emel kepada enquiry@livewire-brunei.com.
Semua peserta LiveWIRE akan menjadi ahli Rangkaian LiveWIRE dan akan menerima pemberitahuan tentang calon Anugerah Perniagaan LiveWIRE seterusnya.