Sign In

 Menjalankan Perniagaan


 
Rate this (1 Vote)


Sebaik sahaja perniagaan awda mula dijalankan, awda mungkin mempunyai berbagai keperluan yang lain dalam memastikan perniagaan awda berjalan dengan lancar dan efisien. Ketahui dengan lebih lanjut perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada dan prosedur-prosedur terkini untuk menjimatkan masa awda.

Akses Kepada Kewangan

  • Akses kepada kredit kini menjadi lebih mudah dengan kemudahan laporan kredit yang komprehensif yang dihasilkan oleh Biro Kredit. Ianya membolehkan institusi-institusi kewangan membuat penilaian pendedahan dan kepercayaan kredit awda dengan lebih baik. Ketahui lebih lanjut mengenai Biro Kredit dan jenis maklumat kredit yang terkandung di dalam laporan kredit awda.
  • Membina dan mengekalkan laporan kredit yang baik adalah penting. Dalam membuat penilaian sama ada meluluskan kemudahan kredit awda, institusi-institusi kewangan lazimnya akan merujuk kepada laporan kredit bagi mengetahui cara awda mengurus tanggungjawab kewangan dan kepercayaan kredit. Awda dinasihatkan untuk mengesahkan dan membetulkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit awda dengan memohon Self-Inquiry Report (SIR). Ketahui cara untuk mendapatkan Self-Inquiry Report (SIR) di sini.
  • Ketahui bagaimana awda boleh menggunakan barangan awda sebagai cagaran bagi mendapatkan kredit untuk mengembangkan perniagaan awda dengan sistem Pendaftaran Cagaran.
  • Skim Co-Matching DARe menawarkan 70 peratus pemadanan pembiayaan sehingga BND20,000. Ketahui lebih lanjut di sini mengenai kriteria dan cara memohon skim ini.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan awda, sila klik di sini.


Membayar Cukai

  • Negara Brunei Darussalam menawarkan iklim cukai yang menggalakkan. Perniagaan yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam dikecualikan daripada membayar cukai ke atas Pendapatan Peribadi, Gaji, Barangan dan Perkhidmatan, dan Keuntungan Modal atau 'Capital Gains'. Ketahui lebih lanjut mengenai cukai yang mungkin perlu dibayar oleh perniagaan awda.
  • Sumbangan Tabung Amanah Pekerja atau "TAP" adalah wajib bagi semua perniagaan. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan TAP atau masuk ke akaun syarikat TAP awda dan bayar sumbangan secara online melalui sistem e-Amanah.
  • Sekiranya syarikat awda memperolehi pendapatan di bawah B$1 juta dalam setahun, awda juga dikecualikan daripada menyerahkan laporan audit kewangan. Walau bagaimanapun awda masih perlu memfailkan pulangan cukai pendapatan dan menyumbang kepada Tabung Amanah Perkerja.
  • Pulangan Cukai boleh difailkan secara online oleh ejen cukai yang berdaftar melalui Sistem Perkhidmatan Cukai dan Pendapatan (STARs). Ketahui fungsi-fungsi STARs dan berita dan pengumuman cukai terkini di sini.
  • Awda akan didaftarkan secara automatik kepada sistem e-Amanah dan STARs setelah awda mendaftarkan perniagaan awda.
  • Kadar cukai rata 1% telah diperkenalkan untuk menggalakkan eksport khas untuk syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd atau Bhd sahaja, di bawah Akta Syarikat (Cap 39), atas permintaan daripada Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, klik di sini.


Import & Eksport

  • Sama ada awda menjalankan perniagaan secara online atau terlibat dalam aktiviti import-eksport berskala besar, kecekapan logistik mempunyai impak yang besar terhadap perniagaan awda. Kini terdapat proses import eksport 5-langkah proses import eksport melalui Pelabuhan Muara dan ketahui apa yang perlu awda lakukan di sini.
  • Sekiranya awda merancang untuk mengimport dan mengeksport atau transit barangan di Negara Brunei Darussalam, perniagaan awda dikehendaki untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (RCED) atau awda perlu melantik ejen penghantaran yang berdaftar. Ketahui masa purata bagi urusan pelepasan kargo di sini.
  • Ketahui dengan lebih lanjut perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan perdagangan melalui Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW), sebuah platform untuk membolehkan awda memohon kebenaran import eksport, mendapatkan kelulusan Declaration dan memohon Port Clearance.
  • Terdapat beberapa barangan yang dilarang untuk dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam dan juga barangan yang terkawal atau dikenakan sekatan.
  • Aktiviti perdagangan dan logistik akan menambah kos ke atas perniagaan awda. Ketahui cukai yang dikenakan, tarif pelabuhan dan caj perkapalan serta penghantaran indikatif, untuk membantu awda merancang perniagaan awda dengan lebih baik.
  • Barangan untuk sampel perdagangan, demonstrasi, ekspo dan pameran adalah layak bagi memohon pengimportan sementara untuk tempoh 3 bulan. Ketahui lebih lanjut mengenai dokumen, kelulusan dan jaminan yang diperlukan, serta kriteria untuk pengeksportan sementara.
  • Jika awda ingin mengeksport produk awda dari Negara Brunei Darussalam, awda mungkin perlu memohon Sijil Tempasal. Sijil Tempasal atau Certificate of Origin (COO) adalah dokumen yang membuktikan asal barang yang hendak diimport ke mana-mana negara. Ketahui lebih lanjut mengenai cara memohon di sini.


Jualan dan Promosi

  • Jika awda merancang untuk menawarkan jualan murah atau promosi kepada pelanggan awda, awda memerlukan kebenaran dari Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE). Ketahui lebih lanjut di sini mengenai cara memohon.
  • Acara promosi perdagangan seperti ekspo, jualan pop-up atau bazar, menyediakan platform yang popular untuk mempromosi produk dan perkhidmatan awda. Ketahui di sini proses permohonan bagi menganjurkan acara ekspo dan perdagangan.


Resolusi Pertikaian

  • Sekiranya awda menghadapi pertikaian dengan pelanggan, Bahagian Hal Ehwal Pengguna di bawah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE) boleh membantu dalam pengantaraan dan penyelesaian aduan pengguna. Ketahui lebih lanjut mengenai proses tersebut di sini.
  • Tribunal Tuntutan Kecil menyediakan forum cepat dengan kos rendah untuk menyelesaikan tuntutan kecil antara pembeli dan penjual yang berjumlah tidak melebihi $ 10,000. Fahami apa yang dikatakan sebagai tuntutan dan apa yang perlu awda pertimbangkan sebelum memfailkan tuntutan.
  • Sekiranya awda perlu melibatkan perkhidmatan pengantaraan dan timbangtara untuk menyelesaikan pertikaian komersial, ketahui lebih lanjut mengenai kemudahan yang terdapat di Pusat Timbangtara Brunei Darussalam (BDAC).
  • Mahkamah Komersial Negara Brunei Darussalam telah ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memudahkan resolusi yang cepat untuk sebarang pertikaian komersial. Ketahui lebih lanjut mengenai Mahkamah Komersial di sini.


Menyelesaikan Ketidaksolvenan

  • Sekiranya perniagaan awda menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat membayar hutang, awda mungkin menghadapi ketidaksolvenan.
  • Perintah Insolvensi 2016 merupakan undang-undang baru yang bertujuan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dalam kesulitan kewangan dengan memberi penekanan kepada pemulihan dan perlindungan syarikat bagi pemiutang dan penghutang.
  • Ketahui lebih lanjut mengenai Perintah Insolvensi berserta prosedur yang terdapat di bawahnya dan soalan lazim.